Monday, August 23, 2010

^^rawatan tradisional^^

hmmm,lazimnya bila kita cerita pasal sakit sawan,orang mesti akan tanya "tak cuba berubat kg ka?".kenapa yer?!?!....ada banyak pendapat menyatakan sawan nie disebabkan ada makhluk halus(jin,syaitan) yang mengganggu atau menumpang masuk dalam badan kita,dan itu la kebiasaanya sesuatu penyakit dikaitkan. Walhal kalau kita rujuk pada perubatan moden,sawan pula terjadi akibat aktiviti2 otak yang menyerang saraf di dalam otak menyebabkan kekurangan oksigen,dan akhirnya akan diserang gangguan saraf.
Sampai kini umur Anas Syazni 2 tahun 3 bulan,kami masih lagi berubat secara tradisional imi.Bukannya satu atau dua tempat,tp boleh disenaraikan dimana dan cara mengubatnya. Banyak peralatan dan dokongan cara untuk mengubati penyakit sawan.Dari Anas Syazni berumur beberapa hari,perubatan ini telah kami mulakan. Dibawah senarai tempat dan cara mengubatnya:-
(a) Kg Berapit --> "ada benda menumpang,telah dibuang "
==> minum & mandi dengan air yang telah dijampi

(b) Sebelah Penang -->"xda benda tp urat saraf xbrp baik,"
==>air jampi untuk disapu dan dimun,serta minyak celak

(c) Bakar Arang -->"urat saraf,xda yg menumpang"
==>sirih pinang untuk disembur dan daun kayu diluar rumah diragut,dikunyah sekali kemudian sembur pada seluruh badan depan dan belakang dari atas ke bawah.Air jampi untuk diminum.

(d) Pengkalan Lebai Man -->"gangguan pada saraf juga,menggunakan peralihan tenaga dr org yang tidak sihat kepada org yg sihat,jd org yg sihat boleh merasa apa yg dirasai,RASa kebas2 pada sebelah kiri dan berdenggung pada telinga"
==>mandi dengan air limau nipis yang dicampur dengan garam.

(e) KL(nama tempat terlupa) -->"gangguan makhluk halus,ada 7 bda satu badan 7 kepala.Benda nie menunggu semasa anak lahir,atas sebab sy pernah lalu ditempat tertentu dimana benda2 ini dilepaskan..(adoiya,kes naiya betul).
==>(kat sini banyak barang,kena wat untuk abang dan adik),kain (hitam@kning),pen yg xluntur dakwat,bekas kecil yg boleh diikat dengan tali utk dijadikan tangkal,beras,kunyit,sirih melayu,kapur,buah pinang,