Monday, August 23, 2010

^^rawatan tradisional^^

hmmm,lazimnya bila kita cerita pasal sakit sawan,orang mesti akan tanya "tak cuba berubat kg ka?".kenapa yer?!?!....ada banyak pendapat menyatakan sawan nie disebabkan ada makhluk halus(jin,syaitan) yang mengganggu atau menumpang masuk dalam badan kita,dan itu la kebiasaanya sesuatu penyakit dikaitkan. Walhal kalau kita rujuk pada perubatan moden,sawan pula terjadi akibat aktiviti2 otak yang menyerang saraf di dalam otak menyebabkan kekurangan oksigen,dan akhirnya akan diserang gangguan saraf.
Sampai kini umur Anas Syazni 2 tahun 3 bulan,kami masih lagi berubat secara tradisional imi.Bukannya satu atau dua tempat,tp boleh disenaraikan dimana dan cara mengubatnya. Banyak peralatan dan dokongan cara untuk mengubati penyakit sawan.Dari Anas Syazni berumur beberapa hari,perubatan ini telah kami mulakan. Dibawah senarai tempat dan cara mengubatnya:-
(a) Kg Berapit --> "ada benda menumpang,telah dibuang "
==> minum & mandi dengan air yang telah dijampi

(b) Sebelah Penang -->"xda benda tp urat saraf xbrp baik,"
==>air jampi untuk disapu dan dimun,serta minyak celak

(c) Bakar Arang -->"urat saraf,xda yg menumpang"
==>sirih pinang untuk disembur dan daun kayu diluar rumah diragut,dikunyah sekali kemudian sembur pada seluruh badan depan dan belakang dari atas ke bawah.Air jampi untuk diminum.

(d) Pengkalan Lebai Man -->"gangguan pada saraf juga,menggunakan peralihan tenaga dr org yang tidak sihat kepada org yg sihat,jd org yg sihat boleh merasa apa yg dirasai,RASa kebas2 pada sebelah kiri dan berdenggung pada telinga"
==>mandi dengan air limau nipis yang dicampur dengan garam.

(e) KL(nama tempat terlupa) -->"gangguan makhluk halus,ada 7 bda satu badan 7 kepala.Benda nie menunggu semasa anak lahir,atas sebab sy pernah lalu ditempat tertentu dimana benda2 ini dilepaskan..(adoiya,kes naiya betul).
==>(kat sini banyak barang,kena wat untuk abang dan adik),kain (hitam@kning),pen yg xluntur dakwat,bekas kecil yg boleh diikat dengan tali utk dijadikan tangkal,beras,kunyit,sirih melayu,kapur,buah pinang,

Friday, February 26, 2010

keras..keras..keras

Hampir dekat 2 minggu juga Anas selalu sgt mengeraskan badannya..susah nak pegang,susah nak bentuk balik badannya yang keras...mcm perah kain..ker sawan ..xtau dh nak ckp...bila dah keras,dia nangisla..sakit .kalau kita mgkin cam'tarik mengkarung'..

Berita yang gembira

9 Februari 2010,doktor genetik mengesahkan Anas tidak menghidapi penyakit 'menkes'.Leganya hati..lilitan kepala Anas juga bertambah sikit jer dalam 1 inci...hehehe..

sekarang Anas kerap menanggis dalam apa jua keadaan,baik lapar,panas,basah& sebagainya..berbanding dahulu banyak perkembangan.

Sedikit info tentang MENKES.
(1)berpunca dari bahan kimia di dalam badan kita yang mungkin kurang@lebih...selalunya iron...
(2)boleh diuji melalui darah dan urine...
(3)simptom2 fizikal...kulit putih,rambut keras,urat darah yg tidak kelihatan(pecah),sawan,muntah

Friday, January 1, 2010

Rawatan kedua

Setelah 'discharge' aku dan suami cuba membawa Anas berubat di Pusat Perubatan Homoepathy Dan Biotherapies Abdul Rahim. Dari kecil kami memang selalu berjumpa doktor ini,kerana ubat yang diberi tidak pahit dan senang di makan. Almaklumla susah nak makan ubat.Rawatan yang diberikan alhamdulilah selama sebulan itu sawan Anas tidak kelihatan langsung,lega! Tetapi setelah suntikan imunisasi 3 bulan Anas diserang demam panas,dan sawannya kembali menyerang. Aku ingat lagi pada bulan puasa 2008,pada masa itu suami aku terpaksa keluar bekerja di Myanmar,tinggal kami 3 beranak di rumah,aku bertambah panik kerana sawannya itu jadi selang 5 minit dalam 24 jam,macam-macam ubat yang aku berikan tetapi tidak ada kesannya.Kebetulan adik ku datang untuk temuduga,jadi minta dia 'drive'kan kereta untuk pulang ke kampung. Kenapa tidak di KL sj?Afiq tiada orang nak di harapkan menjaganya jika Anas di masukkan ke hospital.Jadi pilihan yang baik balik ke kampung,kebetulan lagi bulan puasa jatuh dalam cuti sekolah,jadi dia akan selamat di rumah tok mamanya. Keesokkan harinya,semasa di bawa ke hospitalSungai Petani Anas dah tidak sedar akibat sawan yang tidak berhenti-henti dan otaknya membengkak hasil dari ujian UltraSound.