Thursday, December 31, 2009

Rawatan Pertama...

~~~~~HOSPITAL PULAU PINANG~~~~~

Genap sebulan,Anas ku bawa untuk suntikan kedua di tempat yang sama dia dilahirkan. Aku menunjukkan kepada doktor R ,rakaman video yang ku ambil ketika Anas menunjukkan kelakuan yang amat luar biasa semasa di rumah. Bukan selama ini tidak aku dan suami bawa pergi berjumpa dengan doktor kanak-kanak tetapi kata mereka tiada apa yang berlaku,perkara biasa,mungkin anak ini dilahirkan dengan perangai yang panas baran..ANEH bukan.Malah ke rawatan tradisional juga telah ku bawa.Dan kerana itulah ku rakam apa yang berlaku.
Selepas serangan Jaundis,Anas mula menunjukkan sifat mengeraskan badan sehinggakan aku boleh memegang di belakang kepalanya sahaja,Anas mampu berdiri tegak.Baru berapa hari saja Anas sudah boleh meniarap sendiri.Betapa kerasnya dia.
Tidak ada tanda-tanda mulut berbuih cumanya mata sering naik ke atas semasa dia mengeraskan badan. Sehinggakan setiap hari tidak berhenti-henti Anas mengeraskan badannya seperti kita memerah kain, kepala dipusing kekanan,mata tengok arah atas,kanan,kadang-kadang terkejip-kejip,mulut terherot-herot,2 tangan lurus kekiri,badan terpusing seperti orang mengeliat,kaki ada yang lurus kedepan,satu lagi terlipat ke tepi...Inilah gambaran semasa Anas sakit dahulu..Berat yang 4.15kg sudah tinggal 2.8kg...hanya tinggal kulit dan tulang saja.
Setelah Dr R & Dr H melihat rakaman video ku tadi,mereka menasihatkan aku supaya segera membawa ke GH Pulau Pinang agar diperiksa dengan lebih teliti.Pagi Jumaat itu juga kami bergegas ke GH Penang. Di situ, walaupun Anas telah di beri ubat penenang agar sakitnya berkurangan,tetapi aku masih lagi belum berpuas hati kenapa Anas boleh jadi sebegitu.
Setelah 3 hari di GH Penang, doktor pakar Neuro datang memeriksa Anas, aku tunjukkan rakaman yang sama kepada beliau,dari situ beliau telah memberitahu yang Anas mungkin menghidapi penyakit sawan, tetapi masih memerlukan pemeriksaan yang lebih teliti. Dr V meminta agar Anas diuji dengan EEGs untuk mengetahui pola gelombang di dalam otak Anas.Hasil ujian tersebut Dr V serta 2 org doktor yg lain telah mengesahkan Anas menhidapi penyakit sawan,yang lebih kepada Sindrom Otahara. Jenis ini dikatakan amat sukar dirawat dan sukar sembuh,dan apa yang memeritkan lagi Dr.V jg menyatakan Anas hanya ada 50/50 shj untuk sembuh.Hancur luluh remuk rendam hati ku ini,tiada apa yang dapat menjelaskan bagaimana yang patut aku rasakan ketika mendengar penjelasan doktor tersebut. Selama 14 hari aku di wad kanak-kanak GH Penang,aku mula merasakan harus mencari inisitif lain untuk menyembuhkan Anas.Selama di situ Anas telah menerima 9 jenis ubat sawan,dan hasilnya kurang memberangsangkan.

Senarai Ubat GH Penang:
1. IV Phenobarbitune
2.Sy. Clonazepam
3.T.Pindoxine
4.Sy.Chlorehydrate
5.T.Topiramate
6.T.Nitrazepam
7.T.Lemotrigine
8.T.Lamictal
9.T.Topamax

Keadaan Anas ketika itu masih belum stabil,disebabkan ubat-ubat yang memberi kesan mengantuk padanya,doktor mencadangkan agar Anas dimasukkan tiub makanan 'Rystiub' agar berat badannya tidak terus turun. Pada mulanya aku memang keberatan membenarkan tiub itu dimasukkan ke dalam rongga hidung Anas, tapi memikirkan banyak perkara yang akan lebih membuatkan Anas semakin teruk,maka aku merelakannya. Rystiub ini sepanjang 25 cm, diukur dan dimasukkan melalui hidung sampai ke perut.ADUH!

Wednesday, December 30, 2009

Kelahiran yang ditunggu!

Alhamdulilah bersyukur ke hadrat Ilahi,walaupun secara pembedahan elektif,aku akan melahirkan anak lelaki yang kedua.27 Mei 2008,pada pukul 9.16 pagi,anak yang kukandung selama 9 bulan lahir dengan sihatnya 4.15 kg(besar tue).Pada pandangan pertama tiada yang lain,saling tidak tumpah seperti abangnya Muhammad Afiq Syukri,tapi badan adik nie,bahagian atas besar sedikit daripada bahagian kaki mungkin tidak cukup ruang dalam rahim ku ...Muhammad Anas Syazni...