Friday, January 1, 2010

Rawatan kedua

Setelah 'discharge' aku dan suami cuba membawa Anas berubat di Pusat Perubatan Homoepathy Dan Biotherapies Abdul Rahim. Dari kecil kami memang selalu berjumpa doktor ini,kerana ubat yang diberi tidak pahit dan senang di makan. Almaklumla susah nak makan ubat.Rawatan yang diberikan alhamdulilah selama sebulan itu sawan Anas tidak kelihatan langsung,lega! Tetapi setelah suntikan imunisasi 3 bulan Anas diserang demam panas,dan sawannya kembali menyerang. Aku ingat lagi pada bulan puasa 2008,pada masa itu suami aku terpaksa keluar bekerja di Myanmar,tinggal kami 3 beranak di rumah,aku bertambah panik kerana sawannya itu jadi selang 5 minit dalam 24 jam,macam-macam ubat yang aku berikan tetapi tidak ada kesannya.Kebetulan adik ku datang untuk temuduga,jadi minta dia 'drive'kan kereta untuk pulang ke kampung. Kenapa tidak di KL sj?Afiq tiada orang nak di harapkan menjaganya jika Anas di masukkan ke hospital.Jadi pilihan yang baik balik ke kampung,kebetulan lagi bulan puasa jatuh dalam cuti sekolah,jadi dia akan selamat di rumah tok mamanya. Keesokkan harinya,semasa di bawa ke hospitalSungai Petani Anas dah tidak sedar akibat sawan yang tidak berhenti-henti dan otaknya membengkak hasil dari ujian UltraSound.